Berbekam, Buang toksin dalam Darah

 



    Apabila membicarakan mengenai rawatan bekam, mungkin ada yang tidak berani mencubanya kerana beranggapan rawatan itu menyakitkan.  Ini merupakan beberapa tanggapan orang terhadap rawatan bekam ini.

    Mungkin kerana mereka membayangkan proses mengeluarkan darah menggunakan pisau ataupun jarum tanpa meletakkan bius terlebih dahulu.  Di mana mereka yang mahu berbekam hanya akan mengalami rasa sakit seakan digigit semut. Kesan rawatan pula bergantung kepada pesakit itu sendiri.  Ada pesakit langsung tidak rasa apa-apa, malah ada yang rasa sedikit geli ketika dicucuk jarum.

    Ini kerana bekam tidak menggunakan ubat bius, namun proses sedutan angina pada permulaan rawatan menjadikan kulit kebas, dan dengan kegunaan peralatan moden sekarang juga telah mengurangkan rasa sakit berbanding pada zaman dahulu yang mana rawatan bekam secara tradisional mereka mengunakan cawan yang panas dan ini akan menyebabkan orang yang ingin berbekam rasa takut dan berfikiran ianya sakit.

    Proses sedutan ini juga akan menebalkan kulit sebenarnya bertindak sebagai bius secara semulu jadi.  Malah sesetengah pusat rawatan antaranya Bekam Khalifah yang mana mengantikan “alcohol swab” yang bertindak sebagai ubat kebas yang akan disapu dan bertindak untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian yang ingin dicucuk.


Bekam Buang Darah

    Bekam adalah rawatan yang begitu digalakkan, membabitkan proses membuang darah bertoksik yang ada di bawah permukaan kulit seseorang.  Pembuangan itu bertujuan melancarkan peredaran darah selain membuang angina dalam badan yang menimbulkan rasa tidak selesa, rasa badan lesu dan lemah.

    Rawatan bekam juga, mempunyai banyak faedah termasuklah meringankan otot yang kejang, mengatasi ketengangan berpanjangan serta membebaskan angina kotor dan toksin dalam badan.

    Rawatan bekam membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diatasi dengan rawatan perubatan moden di samping menyegarkan dan menyihatkan badan.

    Menariknya walaupun bekam adalah amalan Sunnah Rasulullah SAW, namun rawatan itu bukan saja mendapat sambutan daripada orang orang muslim, malah golongan bukan muslim pun turut mendapatkan rawatan bekam ini untuk dijadikan platform untuk sembuh dari penyakit.

    Bedasarkan pengalaman kami sepanjang bekerja di Bekam Khalifah kami juga mendapat kunjungan daripada kaum india yang turut mengamalkan bekam ini dan menganggap satu rawatan dan penyebab baginya untuk menyembuhkan penyakit stork yang dialaminya.

 

No comments:

Post a Comment

Berbekam, Buang toksin dalam Darah

       Apabila membicarakan mengenai rawatan bekam, mungkin ada yang tidak berani mencubanya kerana beranggapan rawatan itu menyakitkan.  In...