Video berkaitan bekam dan berkaitan Bekam Khalifah

Diantara proses rawatan bekam yang dilakukan di Bekam Khalifah 



@SINAR TV




SERBA SEDIKIT BERKAITAN BEKAM KHALIFAH







Badan lemah: Punca, Tanda dan Rawatan

    Badan yang lemah membawa maksud seseorang itu mungkin berasa letih ataupun tidak bertenaga.  Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala.  Ia berkemungkinan rasa lemah kerana anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

    Untuk makluman semua, badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun aktiviti seharian.

    Sekiranya seseorang merasakan lemah tersebut tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya pada pemeriksaan seseorang doktor.

Faktor dan punca kepada badan lemah?

Ia boleh dibahagi kepada beberapa kategori :
  • Gaya hidup
  • Masalah Kesihatan
  • Masalah Mental

*Gaya Hidup

Jika anda mengalami masalah badan lemah, aktiviti dan juga gaya hidup mungkin menjadi punca dan penyebab kepada masalah tersebut.  Sebagai contoh, ia boleh disebabkan:

  • Senaman yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Kurang tidur
  • Pengambilan dadah
  • Tidak mengambil diet yang sihat
  • Dalam keadaan stress
  • Kehilangan seseorang ataupun sesuatu
  • Pengambilan alkohol yang kerap

*Masalah kesihatan

Masalah kesihatan yang menyebabkan beberapa simptom, antaranya :

  • Sakit sendi
  • Anemia (kurang sel darah merah)
  • Hipotiroid
  • Masalah tidur
  • Lemah jantung
  • Kanser
  • Kencing manis
  • Kegagalan Buah Pinggang

*Masalah Mental

Terdapat beberapa masalah mental yang menyebabkan perkara ini seperti penyakit kebimbangan, tertekan dan sebagainya

Bilakah anda perlu Berjumpa dengan doktor?

  • Berterusan mengalami masalah tersebut beberapa minggu 
  • Tidak mengetahui punca tersebut
  • Mengalami kekurangan berat badan yang ketara
  • Sangat sensitif dengan persekitaran yang sejuk
  • Mengalami masalah untuk tidur
  • Merasakan diri berada dalam keadaan tertekan

Berbekam, Buang toksin dalam Darah

       Apabila membicarakan mengenai rawatan bekam, mungkin ada yang tidak berani mencubanya kerana beranggapan rawatan itu menyakitkan.  In...